Assalamualaikum w.r.b.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. selawat dan salam atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan atas ahli keluarga Baginda serta sekalian sahabat Baginda s.a.w.
Sedar tak sedar, kini Ma'al Hijrah muncul lagi, memberi satu titik tolak dalam diri kita ke arah memperbaiki mutu dan kualiti iman serta taqwa ke taraf yang lebih baik. Maka hijrah ini memupuk kita agar mencari satu solusi ke arah menuju matlamat yang diidamkan.
Sebagai seorang yang mengaku beriman kepada Allah s.w.t. serta Rasulullah s.a.w., adalah tidak lengkap tanpa mempelajari kaedah pembacaan Al-Quran dengan cara yang betul melalui kaedah talaqqi dan musyafahah.
Maka di atas kesedaran ini, saya mempelawa tuan-tuan dan puan-puan agar memperdalami ilmu Al-Quran melalui kaedah tajwid dan makhraj huruf yang betul tanpa perlu melangkah keluar daripada kediaman tuan-tuan dan puan-puan, sebaliknya kelas pengajian Al-Quran ini diadakan di dalam rumah tuan-tuan dan puan-puan agar suasana yang selesa dan kondusif dapat dimiliki.
Seandainya tuan-tuan dan puan-puan berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila hubungi Ustaz Ahmad di talian 017-279-5227 atau 017-570-6122.
Mengakhiri kalam, hayati sebuah hadith, di mana Nabi s.a.w. bersabda, "...yang terbaik di kalangan kamu, ialah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya."
Wassalam...

No comments:
Post a Comment