Doa Menuntut Ilmu...

Doa Menuntut Ilmu...

Saturday, 5 May 2012

Kahwin Muda...???

hari ini apabila berbicara tentang "kahwin muda" sahaja, pasti ramai yang akan mengutarakan pandangan...
daripada sudut agama, sosial, ekonomi, perubatan dan pelbagai pandangan lagi...

MENGAPA...???

kerana perkahwinan bukanlah suatu isu yang kecil...
tetapi ia adalah suatu isu yang sangat besar...
kerana melalui perkahwinan akan terbinalah keluarga...
melalui keluarga akan terbinalah masyarakat...
melalui masyarakat akan terbinalah negara...
dan melalui negara akan terbinalah ummat...

segalanya bermula dengan perkahwinan...
yang mengembangkan serta mencambah pertumbuhan manusia...baik daripada sudut duniawi, mahu pun ukhrawi...

NAMUN PERSOALANNYA...
apakah masyarakat sudah menerima isu kahwin muda ini...???
atau ia masih dianggap suatu perkara yang membebankan wanita di usia yang muda...???

sebelum menyentuh soal perkahwinan, ada baiknya kita berbicara tentang ZINA...

Allah swt berfirman dalam Surah At-Taubah...

isu zina juga bukanlah suatu isu yang kecil di negara kita...
hampir setiap hari, pasti ada sahaja berita mengenai pembuangan anak oleh remaja yang tidak berperikemanusiaaan dilaporkan di media massa...


salah siapakah semua ini...???

boleh kata hampir semua kerosakan remaja yang berlaku pada hari ini adalah kurangnya pendedahan tentang batas pergaulan lelaki perempuan...
mereka bukan tidak dididik...tetapi mereka dihanyutkan oleh perubahan arus semasa...


sambutan Valentine's Day atau Hari Kekasih pada setiap 14 February bukanlah suatu yang asing lagi di negara kita...
bahkan lebih menjijikkan lagi, terdapat gerakan yang menyokong dan mempertahankan tujuan sambutan hari tersebut, kononnya untuk menyerlahkan kasih sayang antara seorasng jejaka dengan seorang gadis...
tidak cukup dengan itu, bahkan terdapat juga para artis yang menyambut hari tersebut, selain peranan media massa seperti TV3 SUKU yang mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan impaknya kepada remaja kita....
segalanya bermula dengan berpacaran...


kerana berpacaranlah terjadinya ini!!!


ini!!!



bukankah segalanya bermula dengan zina...???
tidak mengalirkah air mata kita melihat jasad bayi yang tidak berdosa ini...???
maka masih adakah persoalan tentang nikah muda...???
masihkah nikah muda dianggap suatu yang tidak relevan...???

kita nantikan sambungannya...


Tuesday, 24 April 2012

Orang Muda...Cepat2lah Kahwin...!!!

assalamualaikum...kawan2...teman2...geng2 orang muda di luar sana...apa khabar...?lama tak update blog...bukan sebab merajuk atau apa...tapi agak sibuk sejak kebelakangan ini...:)jadi baru sekarang baru dapat update...dan share sedikit pengalaman diri yang ada...dalam proses bertatih dan merangkak dalam dunia dakwah...

ana pasti, di luar sana...pasti ramai yang tertanya2 apa itu hikmah...?macam mana nak berdakwah dengan hikmah...?hikmah tu lemah lembut ke...?

jadi...untuk menjawab persoalan tu...jom kita layan sedikit perbualan antara ana dengan seorang kawan...:)

layan...zaasss...


di suatu petang dalam sebuah restoran yang tak terkemuka...



dia--->"wei, boleh tak...aku nak bawak tunang aku jalan2...berdua je...?"



ana--->"owh...kau nak ajak dia keluar dating la ni...?"

dia--->"a'ah..."

ana--->"aduh...parah dia ni...orang tengah angau bercinta ni bukan boleh kena reject mentah2...hujah perlu mantap...kena ada contoh...macam mana ni ya...? (monolog dalaman)


ana--->"kejap...bagi aku masa untuk fikir...nanti salah jawab kau debik (tumbuk) aku pulak...kan...?"


dia diam je...


ana pun buat2lah alih topik...


ana--->"dah berapa lama kau guna kereta BMW ni...?"



dia --->"dah lama dah...aku pun ingat nak jual...kenapa...?kau nak ke...?"

ana--->"hehe...nakkk...sebab tu lah aku tanya..."

dia --->"em...boleh...nanti kau bayar deposit 10ribu...aku urus tukar nama...roadtax aku baru je renew..."



ana--->"em...kalau aku pakai dulu boleh tak...?nanti lepas sebulan dua aku bayarlah deposit...lagi pun sekarang ni aku tengah takda fulus (duit)"



dia --->"woi! kau ingat ni kereta ayah kau ke nak pakai dulu baru bayar?! kalau takda duit buat cara takda duit! jangan nak berlagak pakai kereta besar!"



haaaaa...dia sudah marah...

ana--->"ehem2...relax lah...janganlah marah...aku just jawab soalan kau je..."



dia --->"soalan aku??? apa maksud kau???"



ana--->"kan tadi kau kata nak keluar dating dengan tunang kau..."



dia--->"so apa kaitannya dengan kereta aku???"



ana--->"jadi macam mana kau tak bagi aku pakai kereta kau selagi tak bayar...macam tu jugak la tak ada istilah dating selagi mas kahwin tak dibayar...ada faham...?"



dia --->"owh...ok...jadi that's means aku tak boleh keluar dating la ya...?"



ana--->"boleh...lepas kau nikahi dia..."



dia--->"kau kena faham...yang cinta itu fitrah...jadi salah ke aku nak tunjukkan yang aku cintakan dia dengan bawak dia pergi makan...jalan2...?"



ana--->"ye...benar...tapi cinta juga boleh menjadi fitnah...iaitu bilamana nafsu menguasai diri...Islam tak halang percintaan dua insan...tapi islam melorongkannya ke arah yang lebih baik...iaitu dengan membawa kedua2 insan itu ke alam perkahwinan...yang memerlukan komitmen dan kejujuran...aku yakin kau faham maksud aku..."



dia--->"ye...aku faham...tapi kami dah plan nak nikah hujung tahun ni...bukan kami dating lama2 pun..."



ana--->"sebab tak lama lagi lah kau tak boleh keluar dating dengan dia...supaya bila kau dah kahwin nanti...kau syok keluar dating dengan dia...pegang erat2 tangan dia...waktu tu dah halal...semua orang akan senyum tengok kau...terutama sekali mak ayah dia...sebab waktu tulah cinta kau terbukti...dengan kewajipan kau beri nafkah pada dia..."


dia--->"ok...thank you my friend..."



ana--->"my pleasure...apa pun aku tak mampu lagi nak pakai kereta macam kau...dan soalan aku tadi tu sekadar umpan je...ok la...aku ada kuliah malam ni...nak siap2 lagi...assalamualaikum..."



dia --->"wa'alaikumsalam..."



begitulah alkisah yang berlaku di restoran itu...samada dia terima dan lakukan teguran itu atau tak...kita serahkan kepada Allah...yang penting kita dah usaha untuk dakwah secara hikmah...iaitu dengan memberikan mereka contoh dan analogi yang jelas...

Thursday, 29 March 2012

Jika Rasulullah S.A.W. Masih Bersama Kita...




لَوْ كَانَ بَيْنَنَا الْحَبِيبِ
لَدَيْنَا الْقَاصِى وَالْقَرِيبِ
مِنْ طَيْبَةٍ قَبْلَ الْمَغِيبِ
طَالِبًا قُرْبَ الْحَبِيْبِ

 Andai Dia, Kekasih (Rasulullah S.A.W) ada bersama-sama kita
Akan datang kepada kita yang jauh dan yang dekat
Dari Taibah sebelum Maghrib
Berkehendakkan dekat dengan Kekasih
 

...
بِقُرْبِهِ نَفْسُ تَطِيبِ
فَتَدْعُ اللهَ يُجِيبِ
اَنْوَارُ طَاحَ لَا تَغِيبِ
بَلِّغْنَا لِقَاهُ يَا مُجِيبُ

Dengan dekat denganNya hati menjadi tenang
Dan berdoalah kepada Allah, akan dijawabNYA
CahayaNya mekar tidakkan padam
Sampaikanlah pertemuan kami Wahai yang Maha Menjawab

 فَدَتْكَ رُوحِي يَا حَبِيبِ
مُحَمَّدٌ مُكْرِمَ الْغَرِيبِ
بِقُرْبِكَ الْرُوحُ تَطِيبِ
يَا رَحْمَةً لِلْعَالَمِين
Untukmu kuserahkan diri aku wahai Kekasih
Muhammad (S.A.W) yang memuliakan orang asing
Dengan dekat denganMu hati menjadi tenang
Wahai Rahmat sekelian alam

Friday, 2 March 2012

Ada...Tiada...Atau...Rosak...???


haaa...apa yang rosak...?
oops! bukan kereta ni yang rosak...
kalu rosak pun takpa...sebab bukan kereta saya....:)

jika kita mempunyai sebuah kereta...
lalu kita ingin pergi ke suatu tempat...
maka pastinya kita akan check minyak hitam...
check air radiator...
check bateri...
check tekanan angin tayar...
macam2 kita check...

KENAPA...???
sebab kita tak nak terkandas di tengah jalan...

ada orang, dia rasa semua benda dia dah check...
tapi dia tak perasan...
yang minyak petrol dah tinggal sikit...

APA AKAN JADI...???
pastinya dia akan terkandas di tengah jalan...

ada pula orang yang perasan minyak petrol dah tinggal sikit...
tapi dia masih nak teruskan perjalanan sampai jumpa stesen petrol yang seterusnya...

APA AKAN JADI...???
pastinya dia juga akan terkandas di tengah jalan kerana degil...

TAPI...
bagaimana pula jika...
JARUM METER MINYAK ROSAK...???
salah siapa jika terkandas di tengah jalan...???
pastinya kita tetap akan menyalahkan dia kerana tidak peka...
akhirnya dia juga akan terkandas di tengah jalan...

TETAPI...
orang yang sentiasa menjaga performance keretanya...
insya-Allah tidak akan terkandas di tengah jalan...

KENAPA...???
kerana dia sentiasa menambah minyak hitam...
menambah minyak petrol dalam tangki...
serta menjaga segala aspek yang diperlukan pada keretanya...

itulah contoh untuk diri kita dalam konsep...
IMAN...
"ADA...TIADA...ATAU...ROSAK...???"

 
kalau ROSAK.....
kita akan...

1. Hati tidak merasa bersalah apabila terlibat melakukan dosa dan maksiat.

Daripada Ibnu Masu’d radiallahu anhu berkata : Sesungguhnya orang mukmin itu memandang dosa-dosanya seperti orang yang berdiri di bawah gunung,yang mana dia (sentiasa) rasa takut yang gunung itu nanti akan menghempapnya,dan orang yang keji pula memandang dosa-dosa mereka seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya, yang berkata : dengan hanya begini sahaja (iaitu dengan hanya ditepis dengan tangan sahaja) maka dengan mudah sahaja lalat itu terbang » (Hadis Riwayat Bukhari)


2. Tidak terasa untuk melakukan taubat apabila melakukan kesalahan.

Orang yang telah rosak hatinya tidak mahu bertaubat kepada Allah SWT, sedangkan Rasulullah SAW sentiasa bertaubat 100 kali sehari.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Wahai manusia! Bertaubatlah kepada Allah,sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah setiap hari sebanyak 100 kali (Hadis Riwayat Muslim)

3. Merasa seronok bergelumang dalam dosa.

Hati yang telah rosak adalah hati yang merasa seronok dengan maksiat dan dosa seperti orang-orang kafir. Sedangkan dunai ini syurga untuk orang kafir dan penjara untuk orang Islam.

Nabi SAW bersabda maksudnya : " Dunia itu penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang kafir."(Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, dan At-Tirmidzi dari Abu Hurairah. Sahih Al-Jami' - 3412)

Orang-orang kafir berseronok melakukan maksiat dan kemungkaran. Mereka buru harta dunia siang dan malam, Mereka berhibur dengan muzik, menonton filem, meminum arak, bermain judi, memiliki wanita-wanuta cantik, dan makan-minum apa saja yg mereka suka dan memuaskan hawa nafsu mereka sepenuhnya maka itu adalah syurga untuk mereka. Sekiranya umat Islam terikut-ikut dengan cara hidup mereka dan menjadikan dunia ini seperti syurga maka di hari akhirat nanti mereka akan dijauhi dari syurga oleh Allah SWT.

4. Tidak mempedulikan perintah Allah, malah suka terbabit pada larangan-Nya.

Orang mukmin sentiasa mematuhi segala perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya . Sedangkan orang fasik, munafik dan kafir tiadak akan memperdulikan perintah Allah SWT dan sentiasa melakukan larangan-Nya dan berseronok-seronok dengan maksiat.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan janganlah kamu mentaati perintah orang-orang yang melampau batas, yang membuat kerosakan di bumi dan tidak mengadakan perbaikan." (Surah Asy-Syuaara ayat 151-152)

5. Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraannya.

Firman Allah SWT maksudnya ; "Mereka (orang munafik) menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalang-halang (manusia) dari jalan Allah. Sungguh betapa buruknya apa yang telah mereka kerjakan."

Sifat orang munafik suka menghalang manusia dari jalan Allah, tidak suka tarbiah, tazkirah dan menarik balik tauliah para ulama yang berilmu dan menyampaikan dakwah. Hati golongan ini telah rosak dan ditambah lagi kerosakkan hati-hati mereka, nanti di akhirat mereka akan dihumbankan kedalam neraka.

6. Benci kepada orang-orang soleh atau mereka yang suka melakukan kebaikan.

Sesiapa yang membenci orang soleh sebenarnya dia menjauhkan dirinya kepada rahmat Allah SWT dan mendatangkan kemurkaan Allah SWT.

Nabi SAW juga mengajarkan kepada kita agar bersahabat dengan orang yang dapat memberikan kebaikan dan sering menasehati kita.

مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالْجَلِيسِ السَّوْءِ كَمَثَلِ صَاحِبِ الْمِسْكِ ، وَكِيرِ الْحَدَّادِ ، لاَ يَعْدَمُكَ مِنْ صَاحِبِ الْمِسْكِ إِمَّا تَشْتَرِيهِ ، أَوْ تَجِدُ رِيحَهُ ، وَكِيرُ الْحَدَّادِ يُحْرِقُ بَدَنَكَ أَوْ ثَوْبَكَ أَوْ تَجِدُ مِنْهُ رِيحًا خَبِيثَةً

“Seseorang yang duduk (berteman) dengan orang solih dan orang yang jelek adalah bagaikan berteman dengan pemilik minyak wangi dan tukang besi. Jika engkau tidak dihadiahkan minyak wangi olehnya, engkau boleh membeli darinya atau sekurang-kurangnya dapat baunya. Adapun berteman dengan tukang besi, jika engkau tidak mendapati badan atau pakaianmu hangus terbakar, paling kurang engkau dapat baunya yang tidak elok.” (Hadis Riwayat Bukhari dari Abu Musa.)

7. Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk agama.

Suka bertengkar pada perkara yang tidak bermanfaat akan mematikan hati dan menimbulkan kebencian sesama muslim. Salah satu sifat orang munafik adalah suka bertengkar dan mempertahankan kebatilan dan pendapat yang menyalahi agama.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud ; "Mahukah kamu semua aku beritahu( sifat-sifat) ahli syurga? Para sahabat menjawab . "Ya", baginda bersabda," Setiap orang lemah dilemahkan, andainya dia meminta kepada Allah, nescaya Allah mengkabulkannya. Mahukah aku beritahu (sifat-sifat) ahli neraka? Setiap orang yang suka bertengkar dengan kasar ('utul) , berlagak (jawwaz) dan sangat sombong (mustakbir) (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

8. Menerima rasuah, sogokan, riba dan perkara haram serta merasakan keseronokannya.

Sabda Rasulullah SAW. maksudnya : “ Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam api neraka”. (Hadis Riwayat at-Tabrani)

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Hai orang-orang yang beriman , bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah riba (yang belum di pungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah , bahawa Allah dan RasulNya akan memerangimu . Dan jika kamu bertaubat (dari mengambil riba), maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.”(Surah Al- Baqarah ayat 278-279)

Berdasarkan pemerhatian, punca-punca menyebabkan berlaku rasuah ialah bernafsu besar atau sifat tamak haloba, sikap mahu hidup mewah, memburu kekayaan dengan cepat, tidak bersyukur serta terikut-ikut dengan rakan-rakan sekerja. Orang yang suka mengambil riba pula sebenarnya melanggar hukum Allah SWT yang jelas mengharamkan riba seksaannya cukup berat dihari akhirat nanti.

9. Takut kepada orang yang gagah, tetapi sedikit pun tidak takut kepada Allah.

Orang yang telah rosak hatinya dia takut kepada manusia, jin dan syaitan lebih daripada Allah SWT. Orang mukmin hanya bertawakal dan berserah diri kepada Allah SWT. Semua makhluk tidak boleh mendatangkan mudarat kepada kita melainkan dengan izin Allah SWT.

Firman Allah SWT maksudnya : "Jika Allah menyentuhkan kemudharatan bagi mu, tidak ada yang boleh menghilangkannya selain Allah, Jika Allah memberikan kebaikan pada-Mu maka tidak ada yang boleh menolaknya, Allah memberikan kepada siapa saja diantara hamba yang Dia kehendaki, Dialah Allah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang ..." (Surah Yunus ayat 107)

10. Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.

Sifat orang fasik dan hatinya telah rosak adalah benci pada makruf dan suka kepada kemungkaran. Sedangkan Allah SWT berfirman dalam surah Ali-Imran, ayat 110 yang bermaksud: “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan kepada manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah…”

agak2 kita macam ni tak...???
tepuk dada tanya iman...:)

Thursday, 1 March 2012

Zina Oh Zina...salah siapa...???

hari2 baca surat khabar...
hari2 jugak kita lihat kes buang anak...
kes2 yang melibatkan ummat Islam...
peliknya masalah ini seolah normal dalam negara yang diisytiharkan sebagai sebuah negara Islam...???
em...apa yang Islam...???
di mana...???
nampaknya kita hanya diisytiharkan di atas nama...bukan pada rupa...

akhirnya kita dapat baca suatu buku yang diberi tajuk...
yang dimaklumkan bahawa segala fakta yang dicanai adalah berdasarkan kes2 buang anak yang berlaku di negara kita sahaja!!!
masih butakah kita...???

KESALAHAN PERTAMA, TAK FAHAM ISLAM...
kita menjadi tuli disebabkan budaya hedunisme yang parah di negara kita...
sambutan hari krismas oleh ummat Islam...
sambutan hari kekasih oleh ummat Islam...
di mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri...???
atau...
hakikatnya...
kita masih belum Islam...???

dalam pos "Langkah Jumaat" yang lalu, telah saya bicarakan mengenai ta'rif Islam...
sebagai inisiatif untuk mengangkat minda ummat ke arah memahami peranan masing2 dalam menterjemahkan Islam dalam perlakuan, bukan sekadar perkataan...

KESALAHAN KEDUA, ADAT vs SYARIAT...

cinta adalah fitrah...namun kesilapan kita dalam memahami ta'rifnya yang sebenar telah mengundang parah dalam diri kita sendiri...
why not kita nikah je macam diorang ni je kan...???
bukan rugi pun...bahkan dapat pahala lagi...
tapi bila adat menjadi keutamaan...maka perkara yang mudah seperti ini pun menjadi sukar...
adat kita sekarang ini membenarkan anak muda kita bercouple...keluar dating...
bila ada di antara kita yang tak melakukan perkara2 adat ini, maka kita akan difitnah dengan pelbagai tuduhan...
persoalannya ialah...:


KESALAHAN KETIGA, MENAFIKAN AL-QURAN...

Allah swt dah pesan kat kita dalam Al-Quran...:
MENGHAMPIRI ZINA pun Allah tak bagi...bukan zina sahaja yang Allah tak bagi...
bukankah ber'couple itu dikira menghampiri zina...???
cuba kita hayati makna kata2 di atas ini...
bukankah ini bermaksud kehidupan kita di dunia ini memerlukan jurang pemisah di antara seorang lelaki dengan seorang wanita...???
sebagaimana sebuah kereta dengan kereta yang lain...
seandainya semuanya rapat2, maka rosaklah body kereta itu...
begitu juga kita...
sekiranya seorang lelaki boleh rapat2,
duduk dekat2,
dating di malam pekat,
pasti rosak diri kita...
sebagaimana sabda Nabi s.a.w.
maksudnya : "dan barangsiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah dia berdua-duaan dengan seorang wanita yang bukan mahram darinya, maka sesungguhnya yang ketiga di antara mereka berdua itu ialah syaitan."
(BUKAN MUHRIM, MUHRIM = ORANG YANG BERIHRAM)

KESALAHAN KEEMPAT, TAK TUTUP AURAT...


masalah yang timbul bukanlah kerana anak gadis kita pakai mini skirt macam gadis Barat...
tapi masalahnya ialah anak gadis kita bergaya macam selebriti Barat...
contohnya...
tudung masih di kepala...tapi aurat terdedah sana sini...
bukan seorang dua...tapi ramai yang pakai macam ni...


yang menjelaskan kepada kita betapa rosaknya akidah anak muda kita sekarang ini...
jadi ayah2, abang2, adik2, suami2, dan anak2 wanita Islam sekalian...
masihkah kita sekadar mahu tunggu dan lihat azab Allah yang pasti akan datang...???
tepuk dada tanya iman...

itu di shopping complex...
bagaimana pula di facebook, twitter dan sebagainya...???

insya-Allah...dalam pos akan datang, kita akan rungkai lagi masalah ini...
moga2 wabak kerosakan akhlak yang melanda kita ini dapat dipulihkan semula insya-Allah...

INGATLAH!!!

Monday, 27 February 2012

Aurat Lelaki...


hari-hari bukak facebook, hari-hari jugak saya tengok berapa ramainya perempuan yang mengaku sebagai seorang Muslim dihentam kerana pakai tak cukup kain...

tapi...

yang tak syoknya...laki-laki yang hentam wanita tu pun dua kali lima je sebenarnya...
tak tutup aurat pun...siap pakai seluar skinny lagi...
pastu nak hentam wanita yang pakai legging...
haaaaa...
di sinilah kita silap dalam mentafsir...
kita lihat orang di luar jendela...
tapi kita tak lihat orang di dalam rumah kita sendiri...


saya tidak menafikan berapa ramainya lelaki yang tidak faham atau tidak peduli tentang aurat mereka sendiri...
buktinya jelas...
lihat saja di shopping complex, berapa ramai lelaki yang mengenakan seluar pendek???
ramai...
dalam keadaan mereka sibuk menghentam wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna, sebenarnya mereka sendiri pun tak tutup aurat...
bukan tak tutup dengan sempurna, tapi tak tutup langsung...
peliknya manusia...
siap masuk pertandingan bina badan lagi...


inilah cara pemakaian yang dikatakan sempoi oleh anak muda kita sekarang ini...
sempoi???
sempoikah jika apa yang ada di antara kedua kaki mereka tertayang megah???
sempoikah jika pakaian orang Islam dan kafir sama saja???
sempoi ialah cara barat untuk mengaburi mata kita agar tunduk kepada fesyen-fesyen yang diperkenalkan oleh mereka...
hasilnya kita lupa nak jaga aurat kita...


jika kita bersungguh-sungguh mengeluarkan poster anti rokok yang hukumnya masih menjadi khilaf dalam kalangan ulama', kenapa kita tak bersungguh-sungguh mengeluarkan poster anti seluar pendek yang jelas-jelas haram kerana menayangkan aurat???

apabila kita tidak fokus kepada suatu isu yang usul (utama), maka perkara-perkara yang merosakkannya juga kita tidak akan pandang serius...
contohnya apabila isu aurat tidak dipandang serius, maka isu kesempurnaan solat juga tidak akan diambil kira...


emmmmm...
rasanya poster ni dah banyak ditampal di masjid-masjid dan di surau-surau, tapi anak muda kita masih menunaikan solat jumaat dengan pakaian seperti ini...
persoalannnya, mengapa perkara ini terjadi???
kerana para asatizah lebih suka membicarakan hal-hal furu' (cabang) berbanding fokus kepada masalah ummat...
akhirnya kita menjadi seperti kata pepatah,
"yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"...

maksudnya apabila kita fokus kepada perkara furu' untuk menarik minat ummat memperdalami ilmu agama, akhirnya ummat sekadar tahu tetapi masih kekal dengan kejahilan dalam kesempurnaan pelaksanaan suatu ibadah...

akhir kalam, marilah kita kembali memperjuangkan perkara yang usul dengan memahami konsep pelaksanaannya dalam Islam...


wallahu ta'ala a'lam...

Sunday, 26 February 2012

POLIGAMI...

Allah s.w.t telah mengharuskan pengamalan poligami terhadap lelaki berdasarkan dalil dari al-Quran, as-Sunnah dan juga ijma’ para ulama’. Hukum asal poligami ialah harus dan dibolehkan. Hal ini berdasarkan firman Allah s.w.t:

وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلَّا تَعُولُوا

“ Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim ( apabila kamu berkahwin dengan mereka ), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan ( lain ): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil ( di antara isteri-isteri kamu ) maka ( berkahwinlah dengan ) seorang sahaja, atau ( pakailah ) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat ( untuk mencegah ) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.” (Surah An-Nisa’:3)

Inilah kebenaran berkahwin lebih daripada satu yang disertakan dengan peringatan supaya berhati-hati menggunakan kebenaran kerana dibimbangi lemah untuk berlaku adil. Sekiranya berada dalam kebimbangan untuk berlaku adil, memadailah berkahwin seorang sahaja.

Persoalan perkahwinan lebih dari seorang dengan peringatan supaya berhati-hati mengamalkannya eloklah dengan cara mudah, jelas dan tegas. Eloklah kita mengetahui segala keadaan dan latar belakang sebenar yang menyelubungi persoalan ini. Di dalam ayat tersebut, jelaslah terdapat perkataan fannkihu ( maka kahwinlah ). Kemudian selepas ayat tersebut disebut “ dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan ( lain ): dua, tiga atau empat ”. Ayat ini disambung dengan menyebut syarat wajib sebagai penentu sama ada seseorang itu layak berpoligami atau sebaliknya. Syarat disebut ( dalam ayat di atas ) iaitu “ Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim ( apabila kamu berkahwin dengan mereka ) ”. Seterusnya selepas ayat tersebut disambung lagi ” Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil ( di antara isteri-isteri kamu ) maka ( berkahwinlah dengan ) seorang sahaja ”.

Dengan itu jelaslah bahawa perintah suruhan berkahwin lebih dari seorang isteri dalam ayat tersebut tidak membawa kepada hukum wajib. Hal ini kerana poligami dikaitkan dengan keadilan suami terhadap isteri-isterinya. Dalam ayat lain Allah s.w.t berfirman :

وَلَنْ تَسْتَطِيعُوا أَنْ تَعْدِلُوا بَيْنَ النِّسَاءِ وَلَوْ حَرَصْتُمْ فَلَا تَمِيلُوا كُلَّ الْمَيْلِ فَتَذَرُوهَا كَالْمُعَلَّقَةِ


“ Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh ( hendak melakukannya ); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau ( berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi ) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung ( di awan-awan ) .” (Surah An-Nisa’:129)

Maksud ayat di atas menegaskan bahawa suami yang berpoligami tetap tidak boleh berlaku adil tentang kecenderungan hati dan perasaan kepada isteri-isterinya. Ini merupakan peringatan dan amaran keras terhadap suami dari sudut kepimpinan keluarga. Maksud tersirat dalam ayat ini mencabar para suami dan diwajibkan berlaku adil dalam semua hal terhadap isteri-isterinya. Dalam masa yang sama terdapat dalam diri suami sebab atau perkara yang membuat dirinya tidak boleh berlaku adil tentang cinta dan kasih sayang.

Bagi mereka yang telah berpoligami, maksud ayat ini memberi ingatan terhadap isteri-isteri agar tidak menjadikan kencenderungan suami tentang melebihkan kasih sayang atau cinta terhadap salah seorang dari mereka sebagai sebab yang menyebabkan diri sendiri tidak boleh taat kepada suami. Allah s.w.t telah menasihatkan kepada para wanita yang dipoligamikan bahawa kencenderungan sebegitu adalah perkara yang luar dari kemampuan suami. Suami tidak mampu mengelakknya walaupun dia cuba mengelakkan perkara tersebut.

Jelaslah bahawa perintah “ berkahwin lebih dari satu isteri ” yang disebut dalam ayat 3 Surah An-Nisa’ itu bukannya ditujukan kepada semua lelaki sama ada wujud syarat kelayakkan ( mampu berlaku adil ) atau sebaliknya. Tetapi perintah itu dikhususkan bagi suami yang mempunyai isteri yang berada dalam keadaan uzur atau tidak mampu melahirkan zuriat dalam keadaan suami memerlukan zuriat. Islam membuka jalan keluar bagi mengatasi masalah berkenaan. Suami disuruh berpoligami dengan memilih wanita yang memahami masalah suami dan berkemampuan membahagiakan suami dan isterinya yang sedia ada. Inilah maksud yang terkandung dalam ayat berkenaan ( Surah An-Nisa’ : 3 ).

DALIL DARI SUNNAH

Manakala dalil dari as-Sunnah seperti mana yang telah diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhori dengan isnadnya bahawa Ghaylan ibn Salamah Ath-Thaqafi telah memeluk Islam, sedangkan dia mempunyai sepuluh orang isteri lalu Rasulullah s.w.t bersabda kepadanya:

إخترهن منهن أربعا
“ Pilihlah empat orang dari mereka ”.
(Riwayat Abu Daud no : 2241, Hadith ini disahihkan oleh al-Bani.)
Namun begitu masih terdapat hadith kedua sepertimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Qaisbin al-Harith r.a, beliau berkata : “ Ketika saya masuk Islam, saya memiliki lapan orang isteri, lalu saya berjumpa Rasulullah s.a.w dan menceritakan keadaan saya. Lalu Baginda bersabda :

إخترهن منهن أربعا
“ Pilih empat di antara mereka.”
(Ibnu Majah, Abu Abdillah Muhammad al-Qazwini, Sunan Ibnu Majah, Dar al-Ma’rifat, Beirut.)
Menurut Imam as-Syafi’e di dalam musnadnya : “ Aku telah dikhabarkan oleh orang yang mendengar Ibn Abiz-Ziad berkata : “ Aku telah dikhabarkan oleh Abdul Majid dari Ibnu Sahl ibn Abdul Rahman dari Naufal ibn Mu’awiyah ad-Dailami katanya : “ Aku memeluk agama Islam sedangkan aku di waktu itu mempunyai lima orang isteri lalu Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku :

إختر أربعا أيتهن شئت وفارق الأخرى.
“ Pilihlah empat orang mana-mana yang engkau suka dari mereka dan ceraikan yang lain.”
(Dinukilkan dari Tafsir Fi Zhilalil Quran, Asy-Syahid Qutb Rahimahullah.Terjemahan Yusof Zaky Haji Yacob. Jilid Tiga. Pustaka Aman Press Sdn.Bhd.)
Di sini jelaslah bahawa sewaktu Islam datang kaum lelaki mempunyai sepuluh orang isteri atau lebih atau kurang, yakni mereka beristeri tanpa batasan dan syarat. Kedatangan Islam ialah untuk mengatakan kepada kaum lelaki bahawa di sana ada batasan bilangan isteri yang tidak boleh melebihi empat orang sahaja.
Islam datang bukannya untuk memberi kebebasan beristeri dari seorang, malah untuk membataskan bilangannya. Islam datang bukanlah untuk membiarkan perkara ini semata-mata kehendak hawa nafsu kaum lelaki, malah untuk meletakkan keadilan sebagai syarat utama perkahwinan lebih dari satu. Jika tidak dapat berlaku adil, maka kebenaran yang diberikan itu tidak dapat dilaksanakan.

DALIL DARI IJMA’ ULAMA’

Kesepakatan ( ijma’ ) kaum muslimin tentang keharusan poligami sama ada melalui ucapan atau perbuatan mereka sejak zaman Rasulullah s.a.w merupakan satu dalil bahawa poligami dibolehkan dalam Islam. Para sahabat utama Rasulullah s.a.w melakukan poligami seperti Umar bin al-Khatab, Ali bin Abi Thalib, Muawiyyah bin Abi Sufyan dan Muaz bin Jabal radhiallahu’anhum. Poligami juga dilakukan oleh ahli fiqh tabi’in ( generasi pascasahabat ) dan lain-lain yang berkahwin lebih dari seorang isteri. Kesimpulannya bahawa generasi salaf ( terdahulu ) dan khalaf ( kini ) dari umat Islam sepakat melalui ucapan dan perbuatan mereka bahawa poligami itu halal.
Imam Jalaluddin al-Mahalli menukil dari perkataan Imam al-Nawawi dalam kitabnya : “ kebolehan seorang lelaki yang merdeka memiliki empat perempuan sedangkan hamba sahaya diizinkan menikahi dua perempuan.”
(Al-Mahalli, Jalaluddin, Syarh al-Mahalli ‘ala Minhaj at-Tholibin , Dar al-Fikr, Beirut.)


Saturday, 25 February 2012

Wali Allah...bukan Wali Band...


beberapa hari yang lepas, terdapat seorang akhowat yang bertanya tentang ciri-ciri wali...dan siapa dia (wali Allah) itu??? jwab saya cirinya ada banyak...siapa dia kita tak tahu...hanya Allah yang tahu...

jadi jom kita share sedikit ilmu...sharing is caring right...? :)

1. Jika melihat mereka, akan mengingatkan kita kepada Allah swt.

Dari Amru Ibnul Jammuh, katanya:
“Ia pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Allah berfirman: “Sesungguhnya hamba-hambaKu, wali-waliKu adalah orang-orang yang Aku sayangi. Mereka selalu mengingatiKu dan Akupun mengingati mereka.”

Dari Said ra, ia berkata:
“Ketika Rasulullah saw ditanya: “Siapa wali-wali Allah?” Maka beliau bersabda:
“Wali-wali Allah adalah orang-orang yang jika dilihat dapat mengingatkan kita kepada Allah.”

2. Jika mereka tiada, tidak pernah orang mencarinya.

Dari Abdullah Ibnu Umar Ibnu Khattab, katanya:
Hadis riwayat Abu Daud dalam Sunannya dan Abu Nu’aim dalam Hilya jilid I hal. 6
Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya di dalam kitab Auliya’ dan Abu Nu’aim di dalam Al Hilya Jilid I hal 6).
“Pada suatu kali Umar mendatangi tempat Mu’adz ibnu Jabal ra, kebetulan ia sedang menangis, maka Umar berkata:
“Apa yang menyebabkan engkau menangis, wahai Mu’adz?” Kata Mu’adz: “Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Orang-orang yang paling dicintai Allah adalah mereka yang bertakwa yang suka menyembunyikan diri, jika mereka tidak ada, maka tidak ada yang mencarinya, dan jika mereka hadir, maka mereka tidak dikenal. Mereka adalah para imam petunjuk dan para pelita ilmu.”

3. Mereka bertakwa kepada Allah.

Allah swt berfirman:
“Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati Mereka itu adalah orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa.. Dan bagi mereka diberi berita gembira di dalam kehidupan dunia dan akhirat”13

Abul Hasan As Sadzili pernah berkata:
“Tanda-tanda kewalian seseorang adalah redha dengan qadha, sabar dengan cubaan, bertawakkal dan kembali kepada Allah ketika ditimpa bencana.”

4. Mereka saling menyayangi dengan sesamanya.

Dari Umar Ibnul Khattab ra berkata:
Hadis riwayat Nasa’i, Al Bazzar dan Abu Nu’aim di dalam Al Hilyah jilid I hal. 6 . Surah Yunus: 62 – 64
Hadisriwayat.Al Mafakhiril ‘Aliyah hal 104 .”Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya sebahagian hamba Allah ada orang-orang yang tidak tergolong dalam golongan para nabi dan para syahid, tetapi kedua golongan ini ingin mendapatkan kedudukan seperti kedudukan mereka di sisi Allah.” Tanya seorang: “Wahai Rasulullah, siapakah mereka dan apa amal-amal mereka?” Sabda beliau: “Mereka adalah orang-orang yang saling kasih sayang dengan sesamanya, meskipun tidak ada hubungan darah maupun harta di antara mereka. Demi Allah, wajah mereka memancarkan cahaya, mereka berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya, mereka tidak akan takut dan susah.” Kemudian Rasulullah saw membacakan firman Allah yang artinya: “Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.”

5. Mereka selalu sabar, wara’ dan berbudi pekerti yang baik.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra bahwa”Rasulullah saw bersabda:
Hadis riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al Hilya jilid I, hal 5
“Ada tiga sifat yang jika dimiliki oleh seorang, maka ia akan menjadi wali Allah, iaitu: pandai mengendalikan perasaannya di saat marah, wara’ dan berbudi luhur kepada orang lain.”
Rasulullah saw bersabda:
“Wahai Abu Hurairah, berjalanlah engkau seperti segolongan orang yang tidak takut ketika manusia ketakutan di hari kiamat. Mereka tidak takut siksa api neraka ketika manusia takut. Mereka menempuh perjalanan yang berat sampai mereka menempati tingkatan para nabi. Mereka suka berlapar, berpakaian sederhana dan haus, meskipun mereka mampu. Mereka lakukan semua itu demi untuk mendapatkan redha Allah. Mereka tinggalkan rezeki yang halal kerana akan amanahnya. Mereka bersahabat dengan dunia hanya dengan badan mereka, tetapi mereka tidak tertipu oleh dunia. Ibadah mereka menjadikan para malaikat dan para nabi sangat kagum. Sungguh amat beruntung mereka, alangkah senangnya jika aku dapat bertemu dengan mereka.”
Kemudian Rasulullah saw menangis kerana rindu kepada mereka. Dan beliau bersabda:
Jika Allah hendak menyiksa penduduk bumi, kemudian Dia melihat mereka, maka Allah akan menjauhkan siksaNya. Wahai Abu Hurairah, hendaknya engkau menempuh jalan mereka, sebab siapapun yang menyimpang dari penjalanan mereka, maka ia akan mendapati siksa yang berat.”

6. Mereka selalu terhindar ketika ada bencana.

Dari Ibnu Umar ra, katanya:
“Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya Allah mempunyai hamba-hamba yang diberi makan dengan rahmatNya dan diberi hidup dalam afiyahNya, jika Allah mematikan mereka, maka mereka akan dimasukkan ke dalam syurgaNya. Segala bencana yang tiba akan lenyap secepatnya di hadapan mereka, seperti lewatnya malam hari di hadapan mereka, dan mereka tidak terkena sedikitpun oleh bencana yang datang.”

Rujukan:-
Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya di dalam kitab Al Auliya’
Hadis riwayat Abu Hu’aim dalam kitab Al Hilya
Hadis riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al Hilya jilid I hal 6

7. Hati mereka selalu terkait kepada Allah.

Imam Ali Bin Abi Thalib berkata kepada Kumail An Nakha’i:
Bumi ini tidak akan kosong dari hamba-hamba Allah yang menegakkan agama Allah dengan penuh keberanian dan keikhlasan, sehingga agama Allah tidak akan punah dari peredarannya.. Akan tetapi, berapakah jumlah mereka dan dimanakah mereka berada? Kiranya hanya Allah yang mengetahui tentang mereka. Demi Allah, jumlah mereka tidak banyak, tetapi nilai mereka di sisi Allah sangat mulia. Dengan mereka, Allah menjaga agamaNya dan syariatNya, sampai dapat diterima oleh orang-orang seperti mereka. Mereka menyebarkan ilmu dan ruh keyakinan. Mereka tidak suka kemewahan, mereka senang dengan kesederhanaan. Meskipun tubuh mereka berada di dunia, tetapi rohaninya membumbung ke alam malakut. Mereka adalah khalifah-khalifah Allah di muka bumi dan para da’i kepada agamaNya yang lurus. Sungguh, betapa rindunya aku kepada mereka.”

8. Mereka senang bermunajat di akhir malam.

Imam Ghazali menyebutkan: “
Allah pernah memberi ilham kepada para siddiq:
“Sesungguhnya ada hamba-hambaKu yang mencintaiKu dan selalu merindukan Aku dan Akupun demikian. Mereka suka mengingatiKu dan memandangKu dan Akupun demikian. Jika engkau menempuh jalan mereka, maka Aku mencintaimu. Sebaliknya, jika engkau berpaling dari jalan mereka, maka Aku murka kepadamu. ” Tanya seorang siddiq: “Ya Allah, apa tanda-tanda mereka?”
 
Firman Allah:
“Di siang hari mereka selalu menaungi diri mereka, seperti seorang pengembala yang menaungi kambingnya dengan penuh kasih sayang, mereka merindukan terbenamnya matahari, seperti burung merindukan sarangnya. Jika malam hari telah tiba tempat tidur telah diisi oleh orang-orang yang tidur dan setiap kekasih telah bercinta dengan kekasihnya, maka mereka berdiri tegak dalam solatnya. Mereka merendahkan dahi-dahi mereka ketika bersujud, mereka bermunajat, menjerit, menangis, mengadu dan memohon kepadaKu. Mereka berdiri, duduk, ruku’, sujud untukKu. Mereka rindu dengan kasih sayangKu. Mereka Aku beri tiga kurniaan: Pertama, mereka Aku beri cahayaKu di dalam hati mereka, sehingga mereka dapat menyampaikan ajaranKu kepada manusia. Kedua, andaikata langit dan bumi dan seluruh isinya ditimbang dengan mereka, maka mereka lebih unggul dari keduanya. Ketiga, Aku hadapkan wajahKu kepada mereka. Kiranya engkau akan tahu, apa yang akan Aku berikan kepada mereka?”

Rujukan:-
Nahjul Balaghah hal 595 dan Al Hilya jilid 1 hal.. 80
Ihya’ Ulumuddin jilid IV hal 324 dan Jilid I hal 358

9. Mereka suka menangis dan mengingat Allah.

‘Iyadz ibnu Ghanam menuturkan bahwa ia pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:”Malaikat memberitahu kepadaku:
Sebaik-baik umatku berada di tingkatan-tingkatan tinggi. Mereka suka tertawa secara terang, jika mendapat nikmat dan rahmat dari Allah, tetapi mereka suka menangis secara rahsia, kerana mereka takut mendapat siksa dari Allah. Mereka suka mengingat Tuhannya di waktu pagi dan petang di rumah-rumah Tuhannya. Mereka suka berdoa dengan penuh harapan dan ketakutan. Mereka suka memohon dengan tangan mereka ke atas dan ke bawah. Hati mereka selalu merindukan Allah. Mereka suka memberi perhatian kepada manusia, meskipun mereka tidak dipedulikan orang. Mereka berjalan di muka bumi dengan rendah hati, tidak congkak, tidak bersikap bodoh dan selalu berjalan dengan tenang. Mereka suka berpakaian sederhana. Mereka suka mengikuti nasihat dan petunjuk Al Qur’an. Mereka suka membaca Al Qur’an dan suka berkorban. Allah suka memandangi mereka dengan kasih sayangNya. Mereka suka membahagikan nikmat Allah kepada sesama mereka dan suka memikirkan negeri-negeri yang lain. Jasad mereka di bumi, tapi pandangan mereka ke atas. Kaki mereka di tanah, tetapi hati mereka di langit. Jiwa mereka di bumi, tetapi hati mereka di Arsy. Roh mereka di dunia, tetapi akal mereka di akhirat. Mereka hanya memikirkan kesenangan akhirat. Dunia dinilai sebagai kubur bagi mereka. Kubur mereka di dunia, tetapi kedudukan mereka di sisi Allah sangat tinggi.
Kemudian beliau menyebutkan firman Allah yang artinya: “Kedudukan yang setinggi itu adalah untuk orang-orang yang takut kepada hadiratKu dan yang takut kepada ancamanKu.”
10. Jika mereka berkeinginan, maka Allah memenuhinya.

Dari Anas ibnu Malik ra berkata: “Rasul saw bersabda:
“Berapa banyak manusia lemah dan dhaif yang selalu dihina orang, tetapi jika ia berkeinginan, maka Allah memenuhinya, dan Al Barra’ ibnu Malik, salah seorang di antara mereka.”
Ketika Barra’ memerangi kaum musyrikin, para sahabat: berkata: “Wahai Barra’, sesungguhnya Rasulullah saw pernah bersabda: “Andaikata Barra’ berdoa, pasti akan terkabul. Oleh kerana itu, berdoalah untuk kami.” Maka Barra’ berdoa, sehingga kami diberi kemenangan.
Di medan peperangan Sus, Barra’ berdo’a:
“Ya Allah, aku mohon, berilah kemenangan kaum Muslimin dan temukanlah aku dengan NabiMu.” Maka kaum Muslimin diberi kemenangan dan Barra’ gugur sebagai syahid.

Rujukan:-
Hadis riwayat Abu Nu’aim dalam Hilya jilid I, hal 16

11.Keyakinan mereka dapat menggoncangkan gunung.

Abdullah ibnu Mas’ud pernah menuturkan: “Pada suatu waktu ia pernah membaca firman Allah:
Afahasibtum annamaa khalaqnakum ‘abathan”, pada telinga seorang yang pengsan. Maka dengan izin Allah, orang itu segera sedar, sehingga Rasulullah saw bertanya kepadanya: “Apa yang engkau baca di telinga orang itu?” Kata Abdullah: “Aku tadi membaca firman Allah: “Afahasibtum annamaa khalaqnakum ‘abathan” sampai akhir surah.” Maka Rasul saw bersabda: “Andaikata seseorang yakin kemujarabannya dan ia membacakannya kepada suatu gunung, pasti gunung itu akan hancur.”
- Hadis riwayat Abu Nu’aim dalam Al Hilya jilid I hal 7

inilah sebahagian daripada ciri-ciri para wali Allah yang dapat kita kongsikan...:)

Sunday, 19 February 2012

Wanita & Aurat

Kenapa ramai wanita tak menutup aurat dengan sempurna...?
bukan tak tutup aurat...tapi tak sempurna...
kepala saja yang tutup...yang lain-lain dibungkus...
itulah persoalan yang timbul...
kerana mungkin bagi mereka, yakni wanita-wanita yang tak menutup aurat itu, mereka merasakan bahawa dengan bersolek tebal dan berpakaian seksi tulah yang akan menyerlahkan kecantikan mereka...
tapi sebenarnya...
HAKIKATNYA...

apa yang dimaksudkan dengan MUSIBAH???
ramai wanita menyalahkan golongan lelaki apabila meningktnya kes rogol di negara kita...
tapi...
pernah tak anda dengar kes ustazah dirogol...???
golongan wanita yang bertudung litup dirogol...???
wanita yang hidup dalam bi'ah (suasana) keluarga Islam dirogol...???
TAK PERNAH KAN...?
tapi biasanya siapa yang akan buat laporan polis apabila dirogol...?
mostly mangsa yang berpakaian tak cukup kain itu sendiri yang akan membuat laporan polis...
mujur ana tak jadi anggota polis yang mengambil laporan kes rogol di Malaysia...
kalau tak habis kena cuci mangsa-mangsa rogol ni...
kenapa???
sebab mereka yang menaikkan nafsu lelaki...
pakaian mereka...
dedah sana, dedah sini...
jadi hakikatnya dua-dua salah...
sebab Allah dah pesan kepada laki-laki dan wanita dalam Surah An-Nur ayat 30 dan 31, supaya jaga pandangan mata dan penampilan diri...
jadi pada yang dah kena tu...pandai-pandailah muhasabah diri...
moga menjadi muslimah sejati...


aamiin...:)


oops! belum tammat lagi...
ada lagi persoalan yang timbul...
iaitu...


kenapa dalam solat kita tutup aurat...?
tetapi di luar solat kita dedah aurat...
apakah Allah hanya wujud dalam solat...?
selepas memberi salam maka Allah pun tiada...
begitukah...?
pastinya tidak...
Allah swt Maha segalanya...
mengetahui segalanya...

dalam solat kita tutup aurat, kaki pun tak terlihat...
tapi di luar solat, tudung terlilit di kepala, namun kaki terlihat juga...
kan dah tak sempurna cara kita tutup aurat...
kenapa???
sebab kaki wanita adalah aurat...
sebab itulah kita tutup kaki dalam solat...:)


sebenarnya jika difikirkan, kenapa Allah suruh kita tutup aurat???
saja-saja kah...?
pastinya tidak...sebab Allah takkan perintahkan kita buat sesuatu perkara yang sia-sia...
sebab Allah sendiri pun tak suka perkara yang sia-sia...
tapi Allah suruh kita tutup aurat untuk menjaga maruah kita...
bila kita tutup aurat, orang kafir tahu yang kita orang Islam...
di situlah terletaknya maruah kita...
dengan menjaga maruah agama...



apakah kita tidak tahu, bahawa kerana dosa kita mempamerkan aurat, maka suami, abang, adik, dan ayah kita layak ke NERAKA???
tak takut ke...???

tutuplah aurat dengan sempurna...bukan sekadar bertudung...
susah ke nak tutup aurat dengan sempurna???
menyukarkan kehidupan dan urusan hidup anda...???
check dizz out!!!


haaaaaaa.....siap pakai purdah lagi...
tak susah pun dia makan minum...
apa lagi alasan yang anda nak bagi...???
saya bukan minta anda berniqab...
tapi cukup menutup aurat dengan sempurna...
bukan mengikut acuan kefahaman anda...
tapi menurut Al-Quran...
plz...
plz...
plz...
tolonglah jangan pakai macam ni...
sakit mata kami...
mati iman kami...






kalau anda rasa susah sangat nak tutup aurat, lihatlah wanita Islam di Jerman...
mereka bersikap sebaliknya dengan anda yang memandang enteng isu aurat...



pada yang bajet HOT...ketahuilah bahawa di NERAKA nanti lagi HOT!