Doa Menuntut Ilmu...

Doa Menuntut Ilmu...

Monday, 27 February 2012

Aurat Lelaki...


hari-hari bukak facebook, hari-hari jugak saya tengok berapa ramainya perempuan yang mengaku sebagai seorang Muslim dihentam kerana pakai tak cukup kain...

tapi...

yang tak syoknya...laki-laki yang hentam wanita tu pun dua kali lima je sebenarnya...
tak tutup aurat pun...siap pakai seluar skinny lagi...
pastu nak hentam wanita yang pakai legging...
haaaaa...
di sinilah kita silap dalam mentafsir...
kita lihat orang di luar jendela...
tapi kita tak lihat orang di dalam rumah kita sendiri...


saya tidak menafikan berapa ramainya lelaki yang tidak faham atau tidak peduli tentang aurat mereka sendiri...
buktinya jelas...
lihat saja di shopping complex, berapa ramai lelaki yang mengenakan seluar pendek???
ramai...
dalam keadaan mereka sibuk menghentam wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna, sebenarnya mereka sendiri pun tak tutup aurat...
bukan tak tutup dengan sempurna, tapi tak tutup langsung...
peliknya manusia...
siap masuk pertandingan bina badan lagi...


inilah cara pemakaian yang dikatakan sempoi oleh anak muda kita sekarang ini...
sempoi???
sempoikah jika apa yang ada di antara kedua kaki mereka tertayang megah???
sempoikah jika pakaian orang Islam dan kafir sama saja???
sempoi ialah cara barat untuk mengaburi mata kita agar tunduk kepada fesyen-fesyen yang diperkenalkan oleh mereka...
hasilnya kita lupa nak jaga aurat kita...


jika kita bersungguh-sungguh mengeluarkan poster anti rokok yang hukumnya masih menjadi khilaf dalam kalangan ulama', kenapa kita tak bersungguh-sungguh mengeluarkan poster anti seluar pendek yang jelas-jelas haram kerana menayangkan aurat???

apabila kita tidak fokus kepada suatu isu yang usul (utama), maka perkara-perkara yang merosakkannya juga kita tidak akan pandang serius...
contohnya apabila isu aurat tidak dipandang serius, maka isu kesempurnaan solat juga tidak akan diambil kira...


emmmmm...
rasanya poster ni dah banyak ditampal di masjid-masjid dan di surau-surau, tapi anak muda kita masih menunaikan solat jumaat dengan pakaian seperti ini...
persoalannnya, mengapa perkara ini terjadi???
kerana para asatizah lebih suka membicarakan hal-hal furu' (cabang) berbanding fokus kepada masalah ummat...
akhirnya kita menjadi seperti kata pepatah,
"yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"...

maksudnya apabila kita fokus kepada perkara furu' untuk menarik minat ummat memperdalami ilmu agama, akhirnya ummat sekadar tahu tetapi masih kekal dengan kejahilan dalam kesempurnaan pelaksanaan suatu ibadah...

akhir kalam, marilah kita kembali memperjuangkan perkara yang usul dengan memahami konsep pelaksanaannya dalam Islam...


wallahu ta'ala a'lam...

Sunday, 26 February 2012

POLIGAMI...

Allah s.w.t telah mengharuskan pengamalan poligami terhadap lelaki berdasarkan dalil dari al-Quran, as-Sunnah dan juga ijma’ para ulama’. Hukum asal poligami ialah harus dan dibolehkan. Hal ini berdasarkan firman Allah s.w.t:

وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلَّا تَعُولُوا

“ Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim ( apabila kamu berkahwin dengan mereka ), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan ( lain ): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil ( di antara isteri-isteri kamu ) maka ( berkahwinlah dengan ) seorang sahaja, atau ( pakailah ) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat ( untuk mencegah ) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.” (Surah An-Nisa’:3)

Inilah kebenaran berkahwin lebih daripada satu yang disertakan dengan peringatan supaya berhati-hati menggunakan kebenaran kerana dibimbangi lemah untuk berlaku adil. Sekiranya berada dalam kebimbangan untuk berlaku adil, memadailah berkahwin seorang sahaja.

Persoalan perkahwinan lebih dari seorang dengan peringatan supaya berhati-hati mengamalkannya eloklah dengan cara mudah, jelas dan tegas. Eloklah kita mengetahui segala keadaan dan latar belakang sebenar yang menyelubungi persoalan ini. Di dalam ayat tersebut, jelaslah terdapat perkataan fannkihu ( maka kahwinlah ). Kemudian selepas ayat tersebut disebut “ dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan ( lain ): dua, tiga atau empat ”. Ayat ini disambung dengan menyebut syarat wajib sebagai penentu sama ada seseorang itu layak berpoligami atau sebaliknya. Syarat disebut ( dalam ayat di atas ) iaitu “ Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim ( apabila kamu berkahwin dengan mereka ) ”. Seterusnya selepas ayat tersebut disambung lagi ” Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil ( di antara isteri-isteri kamu ) maka ( berkahwinlah dengan ) seorang sahaja ”.

Dengan itu jelaslah bahawa perintah suruhan berkahwin lebih dari seorang isteri dalam ayat tersebut tidak membawa kepada hukum wajib. Hal ini kerana poligami dikaitkan dengan keadilan suami terhadap isteri-isterinya. Dalam ayat lain Allah s.w.t berfirman :

وَلَنْ تَسْتَطِيعُوا أَنْ تَعْدِلُوا بَيْنَ النِّسَاءِ وَلَوْ حَرَصْتُمْ فَلَا تَمِيلُوا كُلَّ الْمَيْلِ فَتَذَرُوهَا كَالْمُعَلَّقَةِ


“ Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh ( hendak melakukannya ); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau ( berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi ) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung ( di awan-awan ) .” (Surah An-Nisa’:129)

Maksud ayat di atas menegaskan bahawa suami yang berpoligami tetap tidak boleh berlaku adil tentang kecenderungan hati dan perasaan kepada isteri-isterinya. Ini merupakan peringatan dan amaran keras terhadap suami dari sudut kepimpinan keluarga. Maksud tersirat dalam ayat ini mencabar para suami dan diwajibkan berlaku adil dalam semua hal terhadap isteri-isterinya. Dalam masa yang sama terdapat dalam diri suami sebab atau perkara yang membuat dirinya tidak boleh berlaku adil tentang cinta dan kasih sayang.

Bagi mereka yang telah berpoligami, maksud ayat ini memberi ingatan terhadap isteri-isteri agar tidak menjadikan kencenderungan suami tentang melebihkan kasih sayang atau cinta terhadap salah seorang dari mereka sebagai sebab yang menyebabkan diri sendiri tidak boleh taat kepada suami. Allah s.w.t telah menasihatkan kepada para wanita yang dipoligamikan bahawa kencenderungan sebegitu adalah perkara yang luar dari kemampuan suami. Suami tidak mampu mengelakknya walaupun dia cuba mengelakkan perkara tersebut.

Jelaslah bahawa perintah “ berkahwin lebih dari satu isteri ” yang disebut dalam ayat 3 Surah An-Nisa’ itu bukannya ditujukan kepada semua lelaki sama ada wujud syarat kelayakkan ( mampu berlaku adil ) atau sebaliknya. Tetapi perintah itu dikhususkan bagi suami yang mempunyai isteri yang berada dalam keadaan uzur atau tidak mampu melahirkan zuriat dalam keadaan suami memerlukan zuriat. Islam membuka jalan keluar bagi mengatasi masalah berkenaan. Suami disuruh berpoligami dengan memilih wanita yang memahami masalah suami dan berkemampuan membahagiakan suami dan isterinya yang sedia ada. Inilah maksud yang terkandung dalam ayat berkenaan ( Surah An-Nisa’ : 3 ).

DALIL DARI SUNNAH

Manakala dalil dari as-Sunnah seperti mana yang telah diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhori dengan isnadnya bahawa Ghaylan ibn Salamah Ath-Thaqafi telah memeluk Islam, sedangkan dia mempunyai sepuluh orang isteri lalu Rasulullah s.w.t bersabda kepadanya:

إخترهن منهن أربعا
“ Pilihlah empat orang dari mereka ”.
(Riwayat Abu Daud no : 2241, Hadith ini disahihkan oleh al-Bani.)
Namun begitu masih terdapat hadith kedua sepertimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Qaisbin al-Harith r.a, beliau berkata : “ Ketika saya masuk Islam, saya memiliki lapan orang isteri, lalu saya berjumpa Rasulullah s.a.w dan menceritakan keadaan saya. Lalu Baginda bersabda :

إخترهن منهن أربعا
“ Pilih empat di antara mereka.”
(Ibnu Majah, Abu Abdillah Muhammad al-Qazwini, Sunan Ibnu Majah, Dar al-Ma’rifat, Beirut.)
Menurut Imam as-Syafi’e di dalam musnadnya : “ Aku telah dikhabarkan oleh orang yang mendengar Ibn Abiz-Ziad berkata : “ Aku telah dikhabarkan oleh Abdul Majid dari Ibnu Sahl ibn Abdul Rahman dari Naufal ibn Mu’awiyah ad-Dailami katanya : “ Aku memeluk agama Islam sedangkan aku di waktu itu mempunyai lima orang isteri lalu Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku :

إختر أربعا أيتهن شئت وفارق الأخرى.
“ Pilihlah empat orang mana-mana yang engkau suka dari mereka dan ceraikan yang lain.”
(Dinukilkan dari Tafsir Fi Zhilalil Quran, Asy-Syahid Qutb Rahimahullah.Terjemahan Yusof Zaky Haji Yacob. Jilid Tiga. Pustaka Aman Press Sdn.Bhd.)
Di sini jelaslah bahawa sewaktu Islam datang kaum lelaki mempunyai sepuluh orang isteri atau lebih atau kurang, yakni mereka beristeri tanpa batasan dan syarat. Kedatangan Islam ialah untuk mengatakan kepada kaum lelaki bahawa di sana ada batasan bilangan isteri yang tidak boleh melebihi empat orang sahaja.
Islam datang bukannya untuk memberi kebebasan beristeri dari seorang, malah untuk membataskan bilangannya. Islam datang bukanlah untuk membiarkan perkara ini semata-mata kehendak hawa nafsu kaum lelaki, malah untuk meletakkan keadilan sebagai syarat utama perkahwinan lebih dari satu. Jika tidak dapat berlaku adil, maka kebenaran yang diberikan itu tidak dapat dilaksanakan.

DALIL DARI IJMA’ ULAMA’

Kesepakatan ( ijma’ ) kaum muslimin tentang keharusan poligami sama ada melalui ucapan atau perbuatan mereka sejak zaman Rasulullah s.a.w merupakan satu dalil bahawa poligami dibolehkan dalam Islam. Para sahabat utama Rasulullah s.a.w melakukan poligami seperti Umar bin al-Khatab, Ali bin Abi Thalib, Muawiyyah bin Abi Sufyan dan Muaz bin Jabal radhiallahu’anhum. Poligami juga dilakukan oleh ahli fiqh tabi’in ( generasi pascasahabat ) dan lain-lain yang berkahwin lebih dari seorang isteri. Kesimpulannya bahawa generasi salaf ( terdahulu ) dan khalaf ( kini ) dari umat Islam sepakat melalui ucapan dan perbuatan mereka bahawa poligami itu halal.
Imam Jalaluddin al-Mahalli menukil dari perkataan Imam al-Nawawi dalam kitabnya : “ kebolehan seorang lelaki yang merdeka memiliki empat perempuan sedangkan hamba sahaya diizinkan menikahi dua perempuan.”
(Al-Mahalli, Jalaluddin, Syarh al-Mahalli ‘ala Minhaj at-Tholibin , Dar al-Fikr, Beirut.)


Saturday, 25 February 2012

Wali Allah...bukan Wali Band...


beberapa hari yang lepas, terdapat seorang akhowat yang bertanya tentang ciri-ciri wali...dan siapa dia (wali Allah) itu??? jwab saya cirinya ada banyak...siapa dia kita tak tahu...hanya Allah yang tahu...

jadi jom kita share sedikit ilmu...sharing is caring right...? :)

1. Jika melihat mereka, akan mengingatkan kita kepada Allah swt.

Dari Amru Ibnul Jammuh, katanya:
“Ia pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Allah berfirman: “Sesungguhnya hamba-hambaKu, wali-waliKu adalah orang-orang yang Aku sayangi. Mereka selalu mengingatiKu dan Akupun mengingati mereka.”

Dari Said ra, ia berkata:
“Ketika Rasulullah saw ditanya: “Siapa wali-wali Allah?” Maka beliau bersabda:
“Wali-wali Allah adalah orang-orang yang jika dilihat dapat mengingatkan kita kepada Allah.”

2. Jika mereka tiada, tidak pernah orang mencarinya.

Dari Abdullah Ibnu Umar Ibnu Khattab, katanya:
Hadis riwayat Abu Daud dalam Sunannya dan Abu Nu’aim dalam Hilya jilid I hal. 6
Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya di dalam kitab Auliya’ dan Abu Nu’aim di dalam Al Hilya Jilid I hal 6).
“Pada suatu kali Umar mendatangi tempat Mu’adz ibnu Jabal ra, kebetulan ia sedang menangis, maka Umar berkata:
“Apa yang menyebabkan engkau menangis, wahai Mu’adz?” Kata Mu’adz: “Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Orang-orang yang paling dicintai Allah adalah mereka yang bertakwa yang suka menyembunyikan diri, jika mereka tidak ada, maka tidak ada yang mencarinya, dan jika mereka hadir, maka mereka tidak dikenal. Mereka adalah para imam petunjuk dan para pelita ilmu.”

3. Mereka bertakwa kepada Allah.

Allah swt berfirman:
“Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati Mereka itu adalah orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa.. Dan bagi mereka diberi berita gembira di dalam kehidupan dunia dan akhirat”13

Abul Hasan As Sadzili pernah berkata:
“Tanda-tanda kewalian seseorang adalah redha dengan qadha, sabar dengan cubaan, bertawakkal dan kembali kepada Allah ketika ditimpa bencana.”

4. Mereka saling menyayangi dengan sesamanya.

Dari Umar Ibnul Khattab ra berkata:
Hadis riwayat Nasa’i, Al Bazzar dan Abu Nu’aim di dalam Al Hilyah jilid I hal. 6 . Surah Yunus: 62 – 64
Hadisriwayat.Al Mafakhiril ‘Aliyah hal 104 .”Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya sebahagian hamba Allah ada orang-orang yang tidak tergolong dalam golongan para nabi dan para syahid, tetapi kedua golongan ini ingin mendapatkan kedudukan seperti kedudukan mereka di sisi Allah.” Tanya seorang: “Wahai Rasulullah, siapakah mereka dan apa amal-amal mereka?” Sabda beliau: “Mereka adalah orang-orang yang saling kasih sayang dengan sesamanya, meskipun tidak ada hubungan darah maupun harta di antara mereka. Demi Allah, wajah mereka memancarkan cahaya, mereka berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya, mereka tidak akan takut dan susah.” Kemudian Rasulullah saw membacakan firman Allah yang artinya: “Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.”

5. Mereka selalu sabar, wara’ dan berbudi pekerti yang baik.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra bahwa”Rasulullah saw bersabda:
Hadis riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al Hilya jilid I, hal 5
“Ada tiga sifat yang jika dimiliki oleh seorang, maka ia akan menjadi wali Allah, iaitu: pandai mengendalikan perasaannya di saat marah, wara’ dan berbudi luhur kepada orang lain.”
Rasulullah saw bersabda:
“Wahai Abu Hurairah, berjalanlah engkau seperti segolongan orang yang tidak takut ketika manusia ketakutan di hari kiamat. Mereka tidak takut siksa api neraka ketika manusia takut. Mereka menempuh perjalanan yang berat sampai mereka menempati tingkatan para nabi. Mereka suka berlapar, berpakaian sederhana dan haus, meskipun mereka mampu. Mereka lakukan semua itu demi untuk mendapatkan redha Allah. Mereka tinggalkan rezeki yang halal kerana akan amanahnya. Mereka bersahabat dengan dunia hanya dengan badan mereka, tetapi mereka tidak tertipu oleh dunia. Ibadah mereka menjadikan para malaikat dan para nabi sangat kagum. Sungguh amat beruntung mereka, alangkah senangnya jika aku dapat bertemu dengan mereka.”
Kemudian Rasulullah saw menangis kerana rindu kepada mereka. Dan beliau bersabda:
Jika Allah hendak menyiksa penduduk bumi, kemudian Dia melihat mereka, maka Allah akan menjauhkan siksaNya. Wahai Abu Hurairah, hendaknya engkau menempuh jalan mereka, sebab siapapun yang menyimpang dari penjalanan mereka, maka ia akan mendapati siksa yang berat.”

6. Mereka selalu terhindar ketika ada bencana.

Dari Ibnu Umar ra, katanya:
“Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya Allah mempunyai hamba-hamba yang diberi makan dengan rahmatNya dan diberi hidup dalam afiyahNya, jika Allah mematikan mereka, maka mereka akan dimasukkan ke dalam syurgaNya. Segala bencana yang tiba akan lenyap secepatnya di hadapan mereka, seperti lewatnya malam hari di hadapan mereka, dan mereka tidak terkena sedikitpun oleh bencana yang datang.”

Rujukan:-
Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya di dalam kitab Al Auliya’
Hadis riwayat Abu Hu’aim dalam kitab Al Hilya
Hadis riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al Hilya jilid I hal 6

7. Hati mereka selalu terkait kepada Allah.

Imam Ali Bin Abi Thalib berkata kepada Kumail An Nakha’i:
Bumi ini tidak akan kosong dari hamba-hamba Allah yang menegakkan agama Allah dengan penuh keberanian dan keikhlasan, sehingga agama Allah tidak akan punah dari peredarannya.. Akan tetapi, berapakah jumlah mereka dan dimanakah mereka berada? Kiranya hanya Allah yang mengetahui tentang mereka. Demi Allah, jumlah mereka tidak banyak, tetapi nilai mereka di sisi Allah sangat mulia. Dengan mereka, Allah menjaga agamaNya dan syariatNya, sampai dapat diterima oleh orang-orang seperti mereka. Mereka menyebarkan ilmu dan ruh keyakinan. Mereka tidak suka kemewahan, mereka senang dengan kesederhanaan. Meskipun tubuh mereka berada di dunia, tetapi rohaninya membumbung ke alam malakut. Mereka adalah khalifah-khalifah Allah di muka bumi dan para da’i kepada agamaNya yang lurus. Sungguh, betapa rindunya aku kepada mereka.”

8. Mereka senang bermunajat di akhir malam.

Imam Ghazali menyebutkan: “
Allah pernah memberi ilham kepada para siddiq:
“Sesungguhnya ada hamba-hambaKu yang mencintaiKu dan selalu merindukan Aku dan Akupun demikian. Mereka suka mengingatiKu dan memandangKu dan Akupun demikian. Jika engkau menempuh jalan mereka, maka Aku mencintaimu. Sebaliknya, jika engkau berpaling dari jalan mereka, maka Aku murka kepadamu. ” Tanya seorang siddiq: “Ya Allah, apa tanda-tanda mereka?”
 
Firman Allah:
“Di siang hari mereka selalu menaungi diri mereka, seperti seorang pengembala yang menaungi kambingnya dengan penuh kasih sayang, mereka merindukan terbenamnya matahari, seperti burung merindukan sarangnya. Jika malam hari telah tiba tempat tidur telah diisi oleh orang-orang yang tidur dan setiap kekasih telah bercinta dengan kekasihnya, maka mereka berdiri tegak dalam solatnya. Mereka merendahkan dahi-dahi mereka ketika bersujud, mereka bermunajat, menjerit, menangis, mengadu dan memohon kepadaKu. Mereka berdiri, duduk, ruku’, sujud untukKu. Mereka rindu dengan kasih sayangKu. Mereka Aku beri tiga kurniaan: Pertama, mereka Aku beri cahayaKu di dalam hati mereka, sehingga mereka dapat menyampaikan ajaranKu kepada manusia. Kedua, andaikata langit dan bumi dan seluruh isinya ditimbang dengan mereka, maka mereka lebih unggul dari keduanya. Ketiga, Aku hadapkan wajahKu kepada mereka. Kiranya engkau akan tahu, apa yang akan Aku berikan kepada mereka?”

Rujukan:-
Nahjul Balaghah hal 595 dan Al Hilya jilid 1 hal.. 80
Ihya’ Ulumuddin jilid IV hal 324 dan Jilid I hal 358

9. Mereka suka menangis dan mengingat Allah.

‘Iyadz ibnu Ghanam menuturkan bahwa ia pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:”Malaikat memberitahu kepadaku:
Sebaik-baik umatku berada di tingkatan-tingkatan tinggi. Mereka suka tertawa secara terang, jika mendapat nikmat dan rahmat dari Allah, tetapi mereka suka menangis secara rahsia, kerana mereka takut mendapat siksa dari Allah. Mereka suka mengingat Tuhannya di waktu pagi dan petang di rumah-rumah Tuhannya. Mereka suka berdoa dengan penuh harapan dan ketakutan. Mereka suka memohon dengan tangan mereka ke atas dan ke bawah. Hati mereka selalu merindukan Allah. Mereka suka memberi perhatian kepada manusia, meskipun mereka tidak dipedulikan orang. Mereka berjalan di muka bumi dengan rendah hati, tidak congkak, tidak bersikap bodoh dan selalu berjalan dengan tenang. Mereka suka berpakaian sederhana. Mereka suka mengikuti nasihat dan petunjuk Al Qur’an. Mereka suka membaca Al Qur’an dan suka berkorban. Allah suka memandangi mereka dengan kasih sayangNya. Mereka suka membahagikan nikmat Allah kepada sesama mereka dan suka memikirkan negeri-negeri yang lain. Jasad mereka di bumi, tapi pandangan mereka ke atas. Kaki mereka di tanah, tetapi hati mereka di langit. Jiwa mereka di bumi, tetapi hati mereka di Arsy. Roh mereka di dunia, tetapi akal mereka di akhirat. Mereka hanya memikirkan kesenangan akhirat. Dunia dinilai sebagai kubur bagi mereka. Kubur mereka di dunia, tetapi kedudukan mereka di sisi Allah sangat tinggi.
Kemudian beliau menyebutkan firman Allah yang artinya: “Kedudukan yang setinggi itu adalah untuk orang-orang yang takut kepada hadiratKu dan yang takut kepada ancamanKu.”
10. Jika mereka berkeinginan, maka Allah memenuhinya.

Dari Anas ibnu Malik ra berkata: “Rasul saw bersabda:
“Berapa banyak manusia lemah dan dhaif yang selalu dihina orang, tetapi jika ia berkeinginan, maka Allah memenuhinya, dan Al Barra’ ibnu Malik, salah seorang di antara mereka.”
Ketika Barra’ memerangi kaum musyrikin, para sahabat: berkata: “Wahai Barra’, sesungguhnya Rasulullah saw pernah bersabda: “Andaikata Barra’ berdoa, pasti akan terkabul. Oleh kerana itu, berdoalah untuk kami.” Maka Barra’ berdoa, sehingga kami diberi kemenangan.
Di medan peperangan Sus, Barra’ berdo’a:
“Ya Allah, aku mohon, berilah kemenangan kaum Muslimin dan temukanlah aku dengan NabiMu.” Maka kaum Muslimin diberi kemenangan dan Barra’ gugur sebagai syahid.

Rujukan:-
Hadis riwayat Abu Nu’aim dalam Hilya jilid I, hal 16

11.Keyakinan mereka dapat menggoncangkan gunung.

Abdullah ibnu Mas’ud pernah menuturkan: “Pada suatu waktu ia pernah membaca firman Allah:
Afahasibtum annamaa khalaqnakum ‘abathan”, pada telinga seorang yang pengsan. Maka dengan izin Allah, orang itu segera sedar, sehingga Rasulullah saw bertanya kepadanya: “Apa yang engkau baca di telinga orang itu?” Kata Abdullah: “Aku tadi membaca firman Allah: “Afahasibtum annamaa khalaqnakum ‘abathan” sampai akhir surah.” Maka Rasul saw bersabda: “Andaikata seseorang yakin kemujarabannya dan ia membacakannya kepada suatu gunung, pasti gunung itu akan hancur.”
- Hadis riwayat Abu Nu’aim dalam Al Hilya jilid I hal 7

inilah sebahagian daripada ciri-ciri para wali Allah yang dapat kita kongsikan...:)

Sunday, 19 February 2012

Wanita & Aurat

Kenapa ramai wanita tak menutup aurat dengan sempurna...?
bukan tak tutup aurat...tapi tak sempurna...
kepala saja yang tutup...yang lain-lain dibungkus...
itulah persoalan yang timbul...
kerana mungkin bagi mereka, yakni wanita-wanita yang tak menutup aurat itu, mereka merasakan bahawa dengan bersolek tebal dan berpakaian seksi tulah yang akan menyerlahkan kecantikan mereka...
tapi sebenarnya...
HAKIKATNYA...

apa yang dimaksudkan dengan MUSIBAH???
ramai wanita menyalahkan golongan lelaki apabila meningktnya kes rogol di negara kita...
tapi...
pernah tak anda dengar kes ustazah dirogol...???
golongan wanita yang bertudung litup dirogol...???
wanita yang hidup dalam bi'ah (suasana) keluarga Islam dirogol...???
TAK PERNAH KAN...?
tapi biasanya siapa yang akan buat laporan polis apabila dirogol...?
mostly mangsa yang berpakaian tak cukup kain itu sendiri yang akan membuat laporan polis...
mujur ana tak jadi anggota polis yang mengambil laporan kes rogol di Malaysia...
kalau tak habis kena cuci mangsa-mangsa rogol ni...
kenapa???
sebab mereka yang menaikkan nafsu lelaki...
pakaian mereka...
dedah sana, dedah sini...
jadi hakikatnya dua-dua salah...
sebab Allah dah pesan kepada laki-laki dan wanita dalam Surah An-Nur ayat 30 dan 31, supaya jaga pandangan mata dan penampilan diri...
jadi pada yang dah kena tu...pandai-pandailah muhasabah diri...
moga menjadi muslimah sejati...


aamiin...:)


oops! belum tammat lagi...
ada lagi persoalan yang timbul...
iaitu...


kenapa dalam solat kita tutup aurat...?
tetapi di luar solat kita dedah aurat...
apakah Allah hanya wujud dalam solat...?
selepas memberi salam maka Allah pun tiada...
begitukah...?
pastinya tidak...
Allah swt Maha segalanya...
mengetahui segalanya...

dalam solat kita tutup aurat, kaki pun tak terlihat...
tapi di luar solat, tudung terlilit di kepala, namun kaki terlihat juga...
kan dah tak sempurna cara kita tutup aurat...
kenapa???
sebab kaki wanita adalah aurat...
sebab itulah kita tutup kaki dalam solat...:)


sebenarnya jika difikirkan, kenapa Allah suruh kita tutup aurat???
saja-saja kah...?
pastinya tidak...sebab Allah takkan perintahkan kita buat sesuatu perkara yang sia-sia...
sebab Allah sendiri pun tak suka perkara yang sia-sia...
tapi Allah suruh kita tutup aurat untuk menjaga maruah kita...
bila kita tutup aurat, orang kafir tahu yang kita orang Islam...
di situlah terletaknya maruah kita...
dengan menjaga maruah agama...



apakah kita tidak tahu, bahawa kerana dosa kita mempamerkan aurat, maka suami, abang, adik, dan ayah kita layak ke NERAKA???
tak takut ke...???

tutuplah aurat dengan sempurna...bukan sekadar bertudung...
susah ke nak tutup aurat dengan sempurna???
menyukarkan kehidupan dan urusan hidup anda...???
check dizz out!!!


haaaaaaa.....siap pakai purdah lagi...
tak susah pun dia makan minum...
apa lagi alasan yang anda nak bagi...???
saya bukan minta anda berniqab...
tapi cukup menutup aurat dengan sempurna...
bukan mengikut acuan kefahaman anda...
tapi menurut Al-Quran...
plz...
plz...
plz...
tolonglah jangan pakai macam ni...
sakit mata kami...
mati iman kami...






kalau anda rasa susah sangat nak tutup aurat, lihatlah wanita Islam di Jerman...
mereka bersikap sebaliknya dengan anda yang memandang enteng isu aurat...



pada yang bajet HOT...ketahuilah bahawa di NERAKA nanti lagi HOT!

Apakah HATI kita bermasalah...???




Imam Ghazali telah berpendapat tentang masalah hati yang berhubung dengan amal lahiriah ada 3 macam:

1) Hati yang penuh dengan taqwa, suci dari akhlak-akhlak yang tidak baik, maka hati yang begini bersinar pada akal dalam berfikir pada yang baik-baik dan menyebabkan pula terbuka sinar matahati, sehingga hati selalu melihat segala sesuatu yang baik-baik dan diredhai oleh Allah. Apabila hati telah suci dari segala penyakitnya, maka dekatlah hati kpd Allah, dgn mensyukuri nikmat-nikmatNya. Sabar dan takut kepadaNya serta mengharapkan kasih sayangNya, rindu dan bertawakkal kepadaNya dan lain-lain sebagainya. Pada waktu itu barulah hati kita tenteram, tenang dan tidak kacau-bilaukan atau digelisahkan oleh persoalan-persoalan duniawi. Berfirman Allah s.w.t. dalam Al-quran:

"Orang-orang yang beriman itu hati mereka menjadi tenteram kerana mengingat Tuhan. Ingatlah, bahwa dengan mengingat Tuhan itu, hati menjadi tenteram. Orang-orang yang beriman dan mengerjakan perbuatan baik, mereka memperoleh untung baik dan tempat kembali yang utama." (Ar-Ra'ad: 28-29)

2) Hati yang penuh dengan gelora hawa nafsu dan penyakit-penyakit hati di mana dengannya terbuka pintu hati untuk iblis dan syaitan tetepi tetutup untuk malaikat-malaikat Tuhan. Hati yang begini, kontak dengan akal. Maka akal pada waktu itu membantu hati utk bagaimana terlaksana hawanya dan nafsunya. Maka lapanglah dada dlm memanjang hawa nafsu. Maka kuatlah kekuasaan syaitan kerana jalannya telah terbuka dgn luas. Dhaiflah kekuatan iman, disbbkan asap yang gelap terhadap hati. Untuk ini maka Allah menggambarkan dalam firmanNya dlm Al-Quran:

"Nampakkah keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat? Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi. (Al-Furqan: 43-44)



3) Hati yang terumbang-ambing antara kebaikan dan kejahatan atau dgn kata lain antara malaikat dan syaitan. Hati yang begini adalah hati yang sering ragu disbbkan kadang-kadang timbul daya tarik kpd kejahatan, tetapi pada waktu itu datang pula daya tarik kpd kebaikan. Pada ketika itulah yang adalah kehendak Allah s.w.t sebagaimana firman Allah dalam Al-Quran:

"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman. Dan inilah jalan Tuhanmu (ugama Islam) yang betul lurus. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat keterangan (Kami) satu persatu, bagi kaum yang mahu beringat - insaf." (al-An'aam: 125-126)



"Wahai Tuhan yang membolak-balikkan sekalian hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu (Islam). Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalim diri sendiri."

Friday, 17 February 2012

Langkah Jumaat...

sedikit perkongsian dari al-faqir...
setibanya waktu zuhur, maka berbondong2lah manusia yang bernama lelaki Muslim menuju ke masjid...
meninggalkan segala urusan duniawi yang menguntungkan, untuk akhirat yang kekal abadi...
tidak ketinggalan juga sepasang kaki yang kecil ini, ana...
memasuki perkarangan masjid yang dipenuhi makhluk dari pelbagai bangsa, samada yang terlihat mahu pun tidak, semuanya berpakaian indah, kerana hari ini hari Jumaat...
hari raya mingguan untuk semua umat Islam...di mana semuanya digalakkan memperbanyakkan selawat dan salam atas Junjungan Besar Muhammad bin Abdullah s.a.w...
selesai dua kali laungan azan, maka khatib pun naik ke mimbar...
topiknya cukup menarik, "ISLAM"...
emmmm...bukankah semua yang berada di dalam masjid ini sudah pun mengisytiharkan bahawa dirinya seorang Muslim???
haaa...di sinilah ramai yang ter-over confident...
OVER CONFIDENT???
ye...kita merasakan bahawa kita sudah pun Islam...
persoalannya, APAKAH ITU ISLAM???
Islam ialah tunduk dan patuh serta menyerah diri kepada Allah swt dengan melakukan segala titah perintah-Nya serta meninggalkan segala larangan-Nya...
namun, apakah persoalan "sudahkah kita Islam" INI SOALAN PERIBADI???
tidak, ia adalah persoalan yang besar, kerana ia melibatkan diri, keluarga, masyarakat, negara dan ummat...
ini bermakna, sekiranya seorang pemimpin itu gagal memimpin orang bawahannya untuk menjadi Muslim dengan sempurna, maka tunggulah dia akan azab daripada Allah swt..."...wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu lindungi diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada azab api neraka..." Surah At-Tahrim ayat 6...

Sabun Susu Beras...



  • Menaikkan aura seri wajah secara semulajadi...
  • Menjadikan kulit lebih cerah, halus dan tegang tanpa pengelupasan...
  • Berkesan menanggalkan kotoran, minyak, sel kulit mati, parut jerawat dan jeragat...
  • Berkesan menanggalkan make up pada kulit muka...
  • Menghilangkan kesan hitam pada bawah ketiak, di celah paha dan siku...
  • Sesuai untuk orang yang menghidapi masalah kulit dan resdung...
  • Mampu memberikan kesegaran sepanjang hari serta badan tidak melekit walaupun berpeluh...
  • Boleh mengatasi masalah bau badan...

INSYA-ALLAH...

HUBUNGI USTAZ AHMAD DI TALIAN 017-279-5227 ATAU 017-2211-934

KECIL = RM10.00 BESAR = RM20